Sunday, 13 May 2012
"SELAMAT HARI IBU"... untuk semua ibu-ibu di seluruh Malaysia dan di seluruh dunia. Tak kira apapun panggilan yang dipanggil kepada kamu, kamu tetap seorang ibu.. Thank you ibu.. Thank you mama.. Thank you mummy.. Thank you ummi...
Hari ini tanggal 13 Mei 2012 kita sekali lagi berpeluang untuk menyambut hari ibu. Ummi sendiri pun dah sms pagi-pagi lagi sebelum ke sekolah ucapkan "Selamat Hari Ibu" buat mama ummi. Semoga Allah akan ampunkan segala dosa mama dan semoga dicurahkan rahmat ke atas beliau sebagaimana beliau telah curahkan kasih sayangnya yang melimpah ruah kepada ummi sejak dari kecil hinggalah sekarang..
Duhai anak-anak semua, janganlah kita menderhaka kepada ibu, jangan kita sakiti hatinya. Tiap kali lepas solat janganlah kita lupa untuk berdoa kepadanya agar Allah mencurahkan seluruh rahmatnya kepada ibu dan ayah kita.. Barulah berkat doa kita yang lain-lainnya...
Ingatlah duhai anak-anak semua.. sesungguhnya ibulah segala-galanya dalam hidup kita. Kita dapat melihat dunia dan membesar adalah kerana ibu. Ingatlah selalu, jika kita sayang ibu nescaya hidup kita diberkati dunia dan akhirat. Salam dari Ummi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment