Thursday 11 October 2012

Demam PMR..

Salam... Semua pelajar form 3 demam PMR termasuklah anak bongsu ummi. Hari pertama paper BM Kertas 1... susah katanya... BM Kertas 2 ok skit... Agama Islam keluar dewan menangis... susah. Rata-rata termasuklah pelajar SMK Agama pun komplen paper Agama susah..
Agak-agaknya.. kertas soalan susah atau kita tak cukup persediaan untuk menghadapinya??

Wednesday 3 October 2012

Hari yang penuh dengan kekalutan..

2 Oktober 2012...


       Seramai 6 orang murid tahun empat  dan seorang murid tahun lima ummi rotan kerana merosakkan barang-barang pameran di dalam perpustakaan.. Seorang murid tahun empat sememangnya sentiasa membuat onar dan nama sudah acap kali dicatat dalam buku rekod disiplin. Tiada langsung perasaan gerun pada Ummi yang merupakan guru disiplin di sekolah. Pada murid-murid lain, bayang serta derap kaki ummi pun sudah cukup menggetarkan jiwa mereka.
        Walau disuruh berikrar dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut... namun pisang tetap berbuah 2 kali..

3 Oktober 2012...
      Seramai 13 orang murid lelaki tahun empat kelas yang sama bertindak memanjat tangga tangki air sewaktu rehat. Perkara ini terjadi kerana ketiadaan pengawas untuk memantau. Pengawas tahun 5 dan 6 ke Pameran Pesta Buku.. separuh dari murid-murid yang panjat tangga tangki air adalah murid-murid yang ummi rotan kelmarin. Kesakitan kelmarin masih belum reda, hari ini buat onar kembali.. Murid yang menjadi kepala adalah murid yang sama. Beliau ummi hantar kepada PKHEM. Keluar dari bilik PKHEM, bercupak-cupak air mata keluar.. Crocodile tears.. esok mesti benda lain pula yang dia buat..

Thursday 20 September 2012

Pisang Berbuah Dua Kali..

       Salam semua, dah lama juga ummi tak menulis.. bukan apa tak ada mood. Murid-murid tahun 6 dah pun selesai UPSR. Kini tiba giliran ummi untuk sakit tekak semula.. Apa tidaknya, hari-hari nak kena berteriak kat dia orang yang suka sangat langgar disiplin. Baru-baru ini dua tiga orang buat ummi naik darah kerana buat  gaya rambut ala punk dan mohican. Dia ingat kita tak tahu. Ummi dah masuk 10 tahun jadi Guru Disiplin di sekolah dan dah berpuluh-puluh kes ummi handle. Pandai pulak dia orang sorokkan rambut punk bawah songkok.. Berselindung Di Sebalik Kaabah la konon...
       Ummi tak buang masa, ummi pun pandai juga buat stail skinhead.. ummi skinhead lah budak tiga orang tu... tak insaf-insaf..

Thursday 6 September 2012

Semoga Berjaya...

Kepada semua anak-anak murid ummi di tahun 6, ummi ucapkan selamat menempuh peperiksaan UPSR pada 11, 12 dan 13 September 2012. Semoga kejayaan yang cemerlang akan menanti diiringi doa dari ummi..

Wednesday 25 July 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

   


      Hari ini dah masuk hari ke 5 Ramadhan. Ummi terlalu sibuk sehinggakan tidak sempat untuk menulis di blog. Ummi sangat gembira bila dikunjungi oleh empat orang bekas anak murid ummi yang kini telah pun berada di tingkatan empat. Salah seorang dari mereka telah menjadi member dalam blog ini. Thank You Ali Imran... Harapan ummi agar lebih ramai lagi yang akan jadi followers...
     Bila dah berusia begini kita rasa bangga bila anak-anak murid masih ingat kat kita.. Apa-apa pun terima kasih dan Selamat Menyambut bulan Ramadhan, bulan yang suci. Pada bulan ini kita boleh perbanyakkan amal untuk mengumpul lebih banyak pahala.. Ummi teramat gembira setiap kali menyambut Ramadhan kerana pada ummi inilah masa dan ketika ummi rasa terlalu  amat dekat dengan ALLAH.. Ummi merasa sangat teruja kerana Allah telah makbulkan 99% doa ummi.
     Nasihat ummi pada semua pembaca, ambillah peluang untuk beribadat kepada Allah, bersembahyang dan berzikirlah selalu, sesungguhnya Allah amat sayang kepada hambanya dan sentiasa akan mengkabulkan doa hambanya yang mukmin...

Saturday 14 July 2012

Khasiat Buah Durian Belanda

      Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.
Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
      Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.
Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
      Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
      Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
      Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
      Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.
Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin.
      Selain dari khasiatnya yang dinyatakan di atas, buahnya sedap dibuat jus. Isinya boleh dikisar bersama-sama dengan ketulan ais, sedikit gula dan susu rendah lemak. Isinya juga sedap dimakan mentah selain dari pucuknya enak dibuat sayur air pedas bersama dengan pucuk kemidin.

Wednesday 11 July 2012

10 Tanda Besar Kiamat...




Allah berfirman dalam Al-Quran bermaksud;
?...Katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah disisi Allah tetapi kebanyakkan manusia tidak tahu? (Al Araaf:187)
Dari Hudzaifah bin Usaid al-Ghifari, beliau menceritakan bahawa Nabi pernah berkata;
?Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sebelum kalian melihat 10 tanda. Beliau menyebutkan ; Asap, Dajal, haiwan melata, terbitnya matahari dari barat, turunnya Isa bin Maryam, Yakjuj dan Makjuj, tiga gerhana matahari iaitu gerhana timur, gerhana di barat dan gerhana di jazirah Arab dan akhir dari semua itu adalah api yang keluar dari Yaman yang menghalau manusia ke Padang Mahsyar.? (Hadis Muslim)



Saat Matahari Terbit Dari Barat


Berimannya semua manusia dari kekafiran dan segera mengucapkan dua kalimah syahadat, namun sudah tidak bererti lagi..
Satu peristwa yang telah diisyaratkan Rasulullah SAW sejak dahulu, yakni akan tiba masa dimana matahari akan terbit dari arah sebelah barat. Dan tanda-tanda inilah yang akan menjelaskan kepada manusia bahawa KIAMAT SUDAH DI AMBANG PINTU!

 


Namun, sebelum terbitnya matahari dari barat, ia akan didahului oleh waktu malam yang sangat panjang, hingga disebutkan bahawa seorang muslim telah mengerjakan solat malam hingga letih dan telah tidur hingga puas, namun subuh belum juga menjelang. Jika ini telah dirasakan, petanda bahwa esok pagi matahari akan terbit dari barat. Peristiwa ini hanya terjadi satu hari, keesokannya matahari akan terbit sebagaimana biasanya. (Fathul Bari, Kitabur Riqaq juz II)

"Kiamat takkan terjadi sebelum matahari terbit dari barat. Apabila manusia telah melihatnya (terbit dari barat), maka berimanlah seluruh penduduk bumi. Tetapi pada saat itu tidak bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya, yang sebelumnya tidak beriman." (Bukhari-Dari Abu Hurairah RA)

Dan peristiwa ini menjadi rantai urutan-urutan waktu: Setelah matahari terbit dari barat, juga munculnya binatang melata yang dapat berbicara, dan keluarnya asap yang memenuhi seluruh bumi. 

Asap ini akan menyebabkan seorang mukmin seperti demam, sedang kepada orang kafir akan menyebabkan seperti melepuh dan keluar asap dari telinganya. ( Tafsir Ath Thabari : 25/114 ).

Asap ini muncul sebagai peringatan awal bagi orang-orang kafir. Ia akan berjalan selama 40 hari dan meliputi seluruh manusia. Setelah kemunculan asap ini, akan datang angin yang lembut dari arah Yaman yang akan mencabut nyawa setiap orang mukmin. Rasulullah SAW bersabda, 

"Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang lembut dan menerpa lewat ketiak mereka, kemudian mengambil ruh tiap-tiap orang mukmin dan muslim, dan tinggallah manusia-manusia jahat yang keadaannya kacau bilau seperti himar, maka pada zaman mereka itulah kiamat terjadi. (HR.Muslim ).
"Sesungguhnya petanda yang pertama-tama muncul (menjelang kiamat) ialah terbitnya matahari dari barat dan munculnya binatang melata yang menemui manusia pada waktu Dhuha. Mana saja dari keduanya yang lebih dulu terjadi, maka tidak lama sesudah itu, yang lainnya pun segera terjadi."(HR. Muslim)

Dan ini juga dijelaskan dalam firman Allah SWT dalam surah Ad- Dukhan (10-12): 

"Maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata. Yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman".

"Maka tatkala mereka melihat adzab kami, mereka berkata, 'Kami beriman hanya kepada Allah semata, dan kami kafir kepada sembahan-sembahan yang telah kami persekutukan dengan Allah.' maka iman mereka tiada berguna bagi mereka, tatkala mereka telah melihat siksa Kami. Itulah sunnah Allah yang telah berlaku terhadap hamba-hamba-Nya. Dan di waktu itu binasalah orang-orang kafir." (QS. Ghafir: 84-85)

" Mereka tidak menunggu selain datangya hari kiamat kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyadarinya." (QS. Az-Zukhruf: 66)