Wednesday, 25 July 2012
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Hari ini dah masuk hari ke 5 Ramadhan. Ummi terlalu sibuk sehinggakan tidak sempat untuk menulis di blog. Ummi sangat gembira bila dikunjungi oleh empat orang bekas anak murid ummi yang kini telah pun berada di tingkatan empat. Salah seorang dari mereka telah menjadi member dalam blog ini. Thank You Ali Imran... Harapan ummi agar lebih ramai lagi yang akan jadi followers...
Bila dah berusia begini kita rasa bangga bila anak-anak murid masih ingat kat kita.. Apa-apa pun terima kasih dan Selamat Menyambut bulan Ramadhan, bulan yang suci. Pada bulan ini kita boleh perbanyakkan amal untuk mengumpul lebih banyak pahala.. Ummi teramat gembira setiap kali menyambut Ramadhan kerana pada ummi inilah masa dan ketika ummi rasa terlalu amat dekat dengan ALLAH.. Ummi merasa sangat teruja kerana Allah telah makbulkan 99% doa ummi.
Nasihat ummi pada semua pembaca, ambillah peluang untuk beribadat kepada Allah, bersembahyang dan berzikirlah selalu, sesungguhnya Allah amat sayang kepada hambanya dan sentiasa akan mengkabulkan doa hambanya yang mukmin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment