Agar gulai atau sup daging yang dimasak cepat empuk, campakkan beberapa batang sudu ke dalam periuk. Sudu-sudu ini akan bertindak sebagai unsur pemanas yang cepat kerana sifatnya sebagai konduktor haba yang baik.
Monday, 30 April 2012
Gulai masin
Jika gulai yang dimasak masin, masukkan beberapa potongan kentang ke dalamnya. Insyaallah rasa masin tersebut akan berkurangan.
Cermin adalah jendela hati, di dasarnya tersimpan dosa dan pahala yang terkunci..
Hari ini Ummi digemparkan dengan berita tentang seorang murid lelaki tahun 6 telah retak tulang kaki dan terpaksa diplaster. Dia terpaksa direhatkan selama 2 minggu. Ini adalah gara-gara menyahut cabaran seorang teman yang mencabar beliau agar terjun dari tingkat satu bangunan sekolah. Perkara itu dilakukan juga walau dalam hati sudah berbelah bahagi. Peristiwa berlaku sewaktu kelas malam dan sebelum kehadiran guru ke sekolah. Perancangan telah dibuat awal dan rapi sebelumnya dan teman-teman lain diarah agar menutup mulut. Natijahnya dapat dilihat oleh semua.
Ummi teringat tentang kes cabar mencabar memang disukai sangat oleh murid lelaki. Sewaktu Ummi di tingkatan 3 dahulu di salah sebuah sekolah berasrama penuh, seorang teman senegeri yang Ummi kenali sebagai pelajar "nerd" telah dicabar oleh rakannya untuk menceroboh masuk ke asrama puteri. Nasibnya sungguh malang apabila dia terserempak dengan pelajar tingkatan 5 yang baru keluar dari bilik air. Keadaan menjadi kecoh dan beliau berjaya melarikan diri.
Motif utama tidak diketahui namun nasibnya bertambah malang apabila pelajar perempuan tersebut telah bertindak melapurkan kepada Badan Disiplin sekolah. Akibatnya beliau telah digantung persekolahan selama 2 minggu..
Duhai anak-anak sekelian, janganlah bertindak mengikut rasa.. natijahnya badan binasa...
Permata Hati Ku...
Kanak-kanak diibaratkan sebagai sehelai kain putih. Kita sebagai ibubapa yang bertanggungjawab untuk mencorakkan kain tersebut. Jika kena dengan warna dan coraknya maka cantiklah hasilnya nanti. Jika tidak, maka akan berlakulah sebaliknya..
Dalam tempoh perkembangan kanak-kanak sejak dilahirkan sehinggalah berada di sekolah rendah, semuanya dipelajari melalui kaedah peniruan. Pelbagai tingkahlaku kanak-kanak yang berbeza dapat dilihat apabila berada di tahun satu. Ada yang aktif, hiperaktif malah ada juga yang pasif.
Ummi ingin berkongsi cerita mengenai seorang murid tahun satu yang terlalu amat pendiam. Semua soalan yang ditanya oleh guru hanya akan dijawab dengan isyarat angguk dan gelengkan kepala sahaja. Cahaya dari matanya menunjukkan dia takut pada persekitarannya yang baru. Pernah Ummi bertanya pada ayahnya yang kebetulan hadir ke sekolah untuk menjemputnya, adakah dirumah tingkahlakunya sama ketika berada di sekolah? Namun jawapan yang diberi oleh si ayah amat mengejutkan Ummi. Ayahnya memaklumkan di rumah dia suka bercakap dan bergurau-senda dengan abang serta kakaknya. Ummi kemudiannya bertanya pada rakan-rakan sedarjahnya bagaimanakah hubungan dia dan rakan-rakan? Manalah tau kot-kot dia hanya mendiamkan diri kerana takut bila berhadapan dengan guru-guru sahaja. Namun mereka memberitahu Ummi bahawa dia tetap tidak akan berbicara walau sepatah kata pun..
Hari ini sudah masuk lima bulan hari persekolahan dan Ummi masih menantikan perkembangan positif darinya. Ummi benar-benar berharap agar dia dapat bertutur dan berkata-kata dengan guru dan rakan-rakannya sebagaimana murid-murid yang lain. Semoga dia akan lebih yakin dan berani kerana apa yang ada pada hari ini merupakan permulaan untuk menghadapi hari esok... Wassallam.

Sunday, 29 April 2012
Madah Permulaan..
Assalamualaikum...
Hidup ini amat indah dan bahagia jika dikelilingi oleh anak-anak yang tercinta. Hilai dan tawa mereka akan membuatkan segala kepenatan hilang begitu sahaja setelah sehari suntuk bekerja. Kesakitan dan keperitan hilang sekelip mata apabila mendengar hilai tawa mereka. Kita hanya perlu mendengar dan memberi peluang kepada apa yang akan mereka luahkan..
Cerita tentang teman-teman di sekolah, pengajaran guru yang mengujakan atau membosankan dan cerita lucu yang dibawa balik dari teman-teman..
Indahnya hidup ini.. Namun kita semestinya tidak dapat melarikan diri dari apa yang disebut sebagai masalah. Semua manusia yang dijadikan oleh Allah s.w.t. yang bernyawa dan tahu membezakan yang mana baik atau buruk semestinya akan menghadapi masalah..
Luahkanlah di sini.. Ambillah kesempatan ini untuk berkongsi masalah tentang anak remaja yang sukar ditangani, kongsilah untuk sama-sama kita fahami isi hati anak-anak kecil yang perlukan belaian seorang yang bergelar ibu... Insyaallah..

Subscribe to:
Posts (Atom)