Salam... Semua pelajar form 3 demam PMR termasuklah anak bongsu ummi. Hari pertama paper BM Kertas 1... susah katanya... BM Kertas 2 ok skit... Agama Islam keluar dewan menangis... susah. Rata-rata termasuklah pelajar SMK Agama pun komplen paper Agama susah..
Agak-agaknya.. kertas soalan susah atau kita tak cukup persediaan untuk menghadapinya??
Thursday, 11 October 2012
Wednesday, 3 October 2012
Hari yang penuh dengan kekalutan..
2 Oktober 2012...
3 Oktober 2012...
Seramai 13 orang murid lelaki tahun empat kelas yang sama bertindak memanjat tangga tangki air sewaktu rehat. Perkara ini terjadi kerana ketiadaan pengawas untuk memantau. Pengawas tahun 5 dan 6 ke Pameran Pesta Buku.. separuh dari murid-murid yang panjat tangga tangki air adalah murid-murid yang ummi rotan kelmarin. Kesakitan kelmarin masih belum reda, hari ini buat onar kembali.. Murid yang menjadi kepala adalah murid yang sama. Beliau ummi hantar kepada PKHEM. Keluar dari bilik PKHEM, bercupak-cupak air mata keluar.. Crocodile tears.. esok mesti benda lain pula yang dia buat..
Seramai 6 orang murid tahun empat dan seorang murid tahun lima ummi rotan kerana merosakkan barang-barang pameran di dalam perpustakaan.. Seorang murid tahun empat sememangnya sentiasa membuat onar dan nama sudah acap kali dicatat dalam buku rekod disiplin. Tiada langsung perasaan gerun pada Ummi yang merupakan guru disiplin di sekolah. Pada murid-murid lain, bayang serta derap kaki ummi pun sudah cukup menggetarkan jiwa mereka.
Walau disuruh berikrar dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut... namun pisang tetap berbuah 2 kali..3 Oktober 2012...
Seramai 13 orang murid lelaki tahun empat kelas yang sama bertindak memanjat tangga tangki air sewaktu rehat. Perkara ini terjadi kerana ketiadaan pengawas untuk memantau. Pengawas tahun 5 dan 6 ke Pameran Pesta Buku.. separuh dari murid-murid yang panjat tangga tangki air adalah murid-murid yang ummi rotan kelmarin. Kesakitan kelmarin masih belum reda, hari ini buat onar kembali.. Murid yang menjadi kepala adalah murid yang sama. Beliau ummi hantar kepada PKHEM. Keluar dari bilik PKHEM, bercupak-cupak air mata keluar.. Crocodile tears.. esok mesti benda lain pula yang dia buat..
Thursday, 20 September 2012
Pisang Berbuah Dua Kali..
Salam semua, dah lama juga ummi tak menulis.. bukan apa tak ada mood. Murid-murid tahun 6 dah pun selesai UPSR. Kini tiba giliran ummi untuk sakit tekak semula.. Apa tidaknya, hari-hari nak kena berteriak kat dia orang yang suka sangat langgar disiplin. Baru-baru ini dua tiga orang buat ummi naik darah kerana buat gaya rambut ala punk dan mohican. Dia ingat kita tak tahu. Ummi dah masuk 10 tahun jadi Guru Disiplin di sekolah dan dah berpuluh-puluh kes ummi handle. Pandai pulak dia orang sorokkan rambut punk bawah songkok.. Berselindung Di Sebalik Kaabah la konon...
Ummi tak buang masa, ummi pun pandai juga buat stail skinhead.. ummi skinhead lah budak tiga orang tu... tak insaf-insaf..
Ummi tak buang masa, ummi pun pandai juga buat stail skinhead.. ummi skinhead lah budak tiga orang tu... tak insaf-insaf..
Thursday, 6 September 2012
Semoga Berjaya...
Kepada semua anak-anak murid ummi di tahun 6, ummi ucapkan selamat menempuh peperiksaan UPSR pada 11, 12 dan 13 September 2012. Semoga kejayaan yang cemerlang akan menanti diiringi doa dari ummi..
Wednesday, 25 July 2012
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Hari ini dah masuk hari ke 5 Ramadhan. Ummi terlalu sibuk sehinggakan tidak sempat untuk menulis di blog. Ummi sangat gembira bila dikunjungi oleh empat orang bekas anak murid ummi yang kini telah pun berada di tingkatan empat. Salah seorang dari mereka telah menjadi member dalam blog ini. Thank You Ali Imran... Harapan ummi agar lebih ramai lagi yang akan jadi followers...
Bila dah berusia begini kita rasa bangga bila anak-anak murid masih ingat kat kita.. Apa-apa pun terima kasih dan Selamat Menyambut bulan Ramadhan, bulan yang suci. Pada bulan ini kita boleh perbanyakkan amal untuk mengumpul lebih banyak pahala.. Ummi teramat gembira setiap kali menyambut Ramadhan kerana pada ummi inilah masa dan ketika ummi rasa terlalu amat dekat dengan ALLAH.. Ummi merasa sangat teruja kerana Allah telah makbulkan 99% doa ummi.
Nasihat ummi pada semua pembaca, ambillah peluang untuk beribadat kepada Allah, bersembahyang dan berzikirlah selalu, sesungguhnya Allah amat sayang kepada hambanya dan sentiasa akan mengkabulkan doa hambanya yang mukmin...
Saturday, 14 July 2012
Khasiat Buah Durian Belanda
Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.
Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.
Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.
Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin.
Selain dari khasiatnya yang dinyatakan di atas, buahnya sedap dibuat jus. Isinya boleh dikisar bersama-sama dengan ketulan ais, sedikit gula dan susu rendah lemak. Isinya juga sedap dimakan mentah selain dari pucuknya enak dibuat sayur air pedas bersama dengan pucuk kemidin.

Wednesday, 11 July 2012
10 Tanda Besar Kiamat...
Allah berfirman dalam Al-Quran bermaksud;
?...Katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah disisi Allah tetapi kebanyakkan manusia tidak tahu? (Al Araaf:187)Dari Hudzaifah bin Usaid al-Ghifari, beliau menceritakan bahawa Nabi pernah berkata;
?Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sebelum kalian melihat 10 tanda. Beliau menyebutkan ; Asap, Dajal, haiwan melata, terbitnya matahari dari barat, turunnya Isa bin Maryam, Yakjuj dan Makjuj, tiga gerhana matahari iaitu gerhana timur, gerhana di barat dan gerhana di jazirah Arab dan akhir dari semua itu adalah api yang keluar dari Yaman yang menghalau manusia ke Padang Mahsyar.? (Hadis Muslim)
Saat Matahari Terbit Dari Barat
Berimannya semua manusia dari kekafiran dan segera mengucapkan dua kalimah syahadat, namun sudah tidak bererti lagi..
Satu peristwa yang telah diisyaratkan Rasulullah SAW sejak dahulu, yakni akan tiba masa dimana matahari akan terbit dari arah sebelah barat. Dan tanda-tanda inilah yang akan menjelaskan kepada manusia bahawa KIAMAT SUDAH DI AMBANG PINTU!
Namun, sebelum terbitnya matahari dari barat, ia akan didahului oleh waktu malam yang sangat panjang, hingga disebutkan bahawa seorang muslim telah mengerjakan solat malam hingga letih dan telah tidur hingga puas, namun subuh belum juga menjelang. Jika ini telah dirasakan, petanda bahwa esok pagi matahari akan terbit dari barat. Peristiwa ini hanya terjadi satu hari, keesokannya matahari akan terbit sebagaimana biasanya. (Fathul Bari, Kitabur Riqaq juz II)
"Kiamat takkan terjadi sebelum matahari terbit dari barat. Apabila manusia telah melihatnya (terbit dari barat), maka berimanlah seluruh penduduk bumi. Tetapi pada saat itu tidak bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya, yang sebelumnya tidak beriman." (Bukhari-Dari Abu Hurairah RA)
Dan peristiwa ini menjadi rantai urutan-urutan waktu: Setelah matahari terbit dari barat, juga munculnya binatang melata yang dapat berbicara, dan keluarnya asap yang memenuhi seluruh bumi.
Asap ini akan menyebabkan seorang mukmin seperti demam, sedang kepada orang kafir akan menyebabkan seperti melepuh dan keluar asap dari telinganya. ( Tafsir Ath Thabari : 25/114 ).
Asap ini muncul sebagai peringatan awal bagi orang-orang kafir. Ia akan berjalan selama 40 hari dan meliputi seluruh manusia. Setelah kemunculan asap ini, akan datang angin yang lembut dari arah Yaman yang akan mencabut nyawa setiap orang mukmin. Rasulullah SAW bersabda,
"Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang lembut dan menerpa lewat ketiak mereka, kemudian mengambil ruh tiap-tiap orang mukmin dan muslim, dan tinggallah manusia-manusia jahat yang keadaannya kacau bilau seperti himar, maka pada zaman mereka itulah kiamat terjadi. (HR.Muslim ).
"Sesungguhnya petanda yang pertama-tama muncul (menjelang kiamat) ialah terbitnya matahari dari barat dan munculnya binatang melata yang menemui manusia pada waktu Dhuha. Mana saja dari keduanya yang lebih dulu terjadi, maka tidak lama sesudah itu, yang lainnya pun segera terjadi."(HR. Muslim)
Dan ini juga dijelaskan dalam firman Allah SWT dalam surah Ad- Dukhan (10-12):
"Maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata. Yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman".
"Maka tatkala mereka melihat adzab kami, mereka berkata, 'Kami beriman hanya kepada Allah semata, dan kami kafir kepada sembahan-sembahan yang telah kami persekutukan dengan Allah.' maka iman mereka tiada berguna bagi mereka, tatkala mereka telah melihat siksa Kami. Itulah sunnah Allah yang telah berlaku terhadap hamba-hamba-Nya. Dan di waktu itu binasalah orang-orang kafir." (QS. Ghafir: 84-85)
" Mereka tidak menunggu selain datangya hari kiamat kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyadarinya." (QS. Az-Zukhruf: 66)

Tuesday, 3 July 2012
SELAMAT MENYAMBUT NISFU SYA'BAN
Nisfu Sya'ban berasal dari kata Nisfu (bahasa Arab) yang bererti separuh atau pertengahan, Sya'ban adalah nama bulan ke-8 dalam kalender Islam. Dengan demikian nisfu sya'ban berarti pertengahan bulan Sya'ban. Pada malam ini biasanya diisi dengan pembacaan Surah Yaasiin tiga kali berjemaah dengan niat semoga diberi umur panjang, diberi rezeki yang banyak dan barokah, serta ditetapkan imannya.
Setelah pembacaan Surah Yaasiin biasanya diteruskan dengan solat tasbih. Setelah itu biasanya dilanjutkan dengan ceramah agama. Pada malam tersebut Allah akan memberikan keputusan tentang nasib seseorang selama setahun ke depan. Keutamaan malam nisfu Sya'ban diterangkan secara jelas dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali.
Sunday, 17 June 2012
Israk dan Mikraj
Selamat menyambut Israk dan Mikraj... di dalamnya terkandung seribu misteri perjalanan Rasulullah s.a.w yang amat kita cintai.. Rahsia dan kehebatannya hanya Allah s.w.t sahaja yang maha mengetahui. Kita sebagai makhluknya seharusnya mengambil ikhtibar dari peristiwa tersebut agar iman dan taqwa kita menjadi semakin kuat.. Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w...
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.
Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut.
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T )
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.
Monday, 11 June 2012
Pelamin Indah
Musim cuti sekolah juga merupakan musim orang kahwin. Mari kita tengok koleksi pelamin trend terkini 2012..
Cara Atasi Kembung Perut
Salam semua..
Dua tiga hari ni ummi tak berapa sihat. Asyik kembung perut sahaja. Nak puasa pun tak berapa selesa. Barangkali ada di antara pembaca yang biasa kena. Mari kita kongsi sama-sama petuanya..
Dua tiga hari ni ummi tak berapa sihat. Asyik kembung perut sahaja. Nak puasa pun tak berapa selesa. Barangkali ada di antara pembaca yang biasa kena. Mari kita kongsi sama-sama petuanya..
Cara-cara mengatasi kembung perut |
Kembung perut atau perut kembungKedua-dua perkataan di atas adalah sama ertinya. Perut kembung atau kembung perut ialah reaksi angin perut. Apabila anda makan,minum dan menelan bersama air liur,kadangkala badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan. Kembung perut tidak semestinya akan mengeluarkan bunyi. Bunyi ini dikenali juga dengan sendawa. Bunyi sendawa ada kalanya merimaskan dan memalukan. Semua peringkat umur mengalami masalah perut kembung. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari.Apakah penyebab perut kembungAnda akan mengalami perut kembung mungkin disebabkan keadaan-keadaan ini:
Bagaimana mengenal pasti ia bukan kembung perutWalaupun perut kembung tidak berbahaya, ia menandakan ketidaksempurnaan penghadaman sistem pencernaan makanan anda.Angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus. Sekiranya angin ini diikuti dengan gejala lain seperti;
Penyebab perut kembung ialah:
Tanda-tanda yang berhubung-kait dengan perut kembungSendawa
Bunyi yang disebabkan oleh gas yag dilepaskan melalui mulut secara tiba tiba .
Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin perut berlebihan yang biasanya daripada pemakanan, minuman atau merokok.
Perut meragam
Apabila perut bertindak balas dengan cepat , ini menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang.
Kebiasaannya berlaku apabila anda lapar murung atau berdebar debar.
Rawatan kembung perutKaedah rawatan kembung perut boleh dilakukan dengan:Rawatan pemakanan
Kembung perut biasanya dirawat dengan rawatan pemakanan. Pengubahsuaian cara hidup
dan juga ubatan tanpa preskripsi doktor juga adakala boleh membantu. Penyelesaian tidak
sama untuk setiap orang, namun dengan cubaan demi cubaan kebanyakan pesakit akan
menemui cara penyembuhan yang sesuai.
Rawatan kembung perut dengan ubat
Sesetengah ubat tanpa preskripsi doktor boleh membantu , anda boleh mencuba:
Jika anda mengalami masalah penghadaman laktosa, enzim laktosa boleh diambil untuk membantu mencernakan laktosa . Anda juga boleh mencuba produk tenusu tanpa laktosa yang terdapat di kebanyakan kedai dan farmasi.
Semithicone membantu memecahkan gelembung gas dan sendawa yang berterusan. Semithicone mudah didapati di klinik,kedai ubat dan farmasi.
Pil activated charcoal bertindah seperti semithicone. Anda boleh mengambilnya sebelum dan selepas makan dan boleh didapati di farmasi,klinik dan kedai ubat.
Masalah perut kembung
Cara mengatasi sering perut kembungAnda terpaksa mengubah amalan pemakanan. Pengubahan pemakanan membantu mengurangkan jumlah gas terhasil atau mengeluarkan angin perut dengan lebih cepat melalui sistem anda.Cuba kenal pasti makanan-makanan yang mungkin menyebabkan kembung perut seperti kacang, bawang, brokoli, bunga kubis, asparagus, buah pir, epal, buah pic, prun, gula-gula tanpa gula, dan gula-gula getah, roti gandum, bijirin bran, bir, soda dan minuman berkarbonat, susu, krim, aiskrim, dan susu ais. Perut kembung terhasil daripada makanan berlemak. Lemak melambatkan proses pencernaan dan meningkatkan rasa perut yang penuh dan senak. Kurangkan makanan goreng dan berlemak. Jika anda ingin mengambil suplemen serat, mulakan dengan beransur-ansur. Pastikan jumlah di ambil sekurang-kurangnya 250 ml. Kurangkan pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran dan buah buat sementara waktu . Kurangkan penggunaan produk tenusu harian anda. Gunakan produk tenusu laktosa rendah seperti yogurt. Teh pudina mengandungi menthol. Menthol di minyak pudina mempunyai sifat-sifat antispasmodic. Secawan teh pudina panas mengatasi perut kembung dan kesakitan berpunca dari angin perut. Elakkan teh pudina jika anda mengalami pedih Ulu hati. Pengubahsuaian Cara Hidup kurangkan angin perut
|

Wednesday, 6 June 2012
Aktiviti Cuti Sekolah
Salam semua... cuti sekolah sudah hampir tamat. Dalam waktu cuti sekolah ni ummi luangkan masa bersama anak-anak sahaja. Kami banyak buat akiviti kraftangan. Saja suka-suka. Untuk mengisi masa lapang. Ummi buat keychain dari kain felt. Kami ke kedai berdekatan yang ada jual kain felt tersebut dan semua alat-alat untuk dekorasi.. Seronok betul. Nanti ummi up load gambar keychain felt yang telah siap untuk tatapan semua. Ummi ingat nak buat business door gift. Sesiapa yang nak buat majlis perkahwinan, birthday party, Teacher's Day.. bolehlah contact ummi nanti. Kami bagi harga special ikut design..
Thursday, 24 May 2012
Khasiat Ulam-ulaman
Salam semua.. pagi ni lepas hantar anak ummi ke kelas tuition, ummi ke pasar untuk mencari ulam-ulaman. Menurut sahabat karib ummi, ulam-ulam ni patut kita makan seminggu sekali untuk detoxifikasi. Baik untuk usus dan perut. Jadi, ummi pun belilah pucuk gajus, daun kemangi, daun selasih, daun pegaga dan daun pudina.. Mari kita lihat apakah kebaikannya..
Khasiat Daun Pegaga
Menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.
Cara-caranya:
Kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus. Pemakanannya boleh meransangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan manakala minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi .
Lagi Khasiat Daun PUDINA (Benefit of Peppermint)
Pudina merupakan herba yang biasanya digunakan untuk memberi kesegaran nafas,mencairkan kahak, asma, selsema, anti bacteria dan anti septik.
Daun Pudina kebanyakan digunakan untuk membuat ubat gigi, gula-gula, gula-gula getah, ubat batuk, ubat kumur dan sesetengah produk selsema (in haller). Untuk perubatan tradisional, minyak rebusan daun pudina amat baik untuk masalah bengkak-bengkak sendi, masalah angin, luka, demam selsema, ekzima dan sebagainya.
Khasiat Daun Pudina Atasi masalah Gastrik
Khasiat Daun Pudina antaranya ialah mengatasi masalah GASTRIK.
Caranya ialah:
Ambil daun pudina .
Basuh,kemudian buat air teh O kosong (tanpa gula),
rendam 2,3 helai daun pudina ke dalam teh tersebut.
Tutup mulut cawan tadi,dan biarkan lebih kurang dalam 5-10 minit.
Dan akhir sekali minum air tu.Jangan Lupa baca Bismillah.
Cuba amalkan setiap pagi dan petang.
Khasiat Daun Pudina Kurangkan Lelah dan Batuk.
Bahan-bahan:
Daun pudina 14 helai
gula batu (secukup rasa manis).
Caranya:
1. Bersihkan 14 helai daun pudina dan ramas sedikit.
2. Masukkan dalam cawan kaca tahan panas dan bubuh air 3/4 penuh. Masukkan gula batu.
3. Masukkan cawan tersebut ke dalam periuk nasi letrik (nasi sedang mendidih dan bila
cawan dimasukkan ianya tidak tenggelam.
4. Bila nasi sudah masak (air dah kering), keluarkan cawan dan biarkan sejuk. Keluarkan
daun pudina dan minumlah air tersebut 3 hari berturut turut. InsyaAllah kita dapat lihat
keberkesanannya.
Khasiat Daun Pegaga
Menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.
Cara-caranya:
1. Ambil 10 helai daun pegaga.
Daun pegaga ni memang banyak khasiatnya
2. Basuh dulu kesemua daun tadi dengan air garam.
3. Setelah dicuci, tumbuklah ia sampai halus.
4. Lepas dah halus, campurkan pula dengan bedak sejuk. Sama ada yang ketul mahupun cecair.
Tapi kalau anda guna bedak sejuk yang ketul, jangan lupa campurkannya dengan sedikit air suam.
Supaya ia lebih mudah sebati.
5. Gaul kesemua bahan sampai sebati. Sapukan pada kawasan yang mengalami masalah bintik hitam
seperti memakai masker. Sapu sebelum tidur dan cucilah muka sehingga bersih pada keesokan paginya.
Petua ini boleh diamalkan secara terus-menerus setiap malam sehinggalah tujuan anda untuk menghilangkan bintik hitam di wajah tercapai.
Khasiat Pucuk Gajus (juga dikenali sebagai Ketereh, Janggus atau Jambu Golok
Herba dengan nama saintifiknya Anacardium occidentale ini adalah dari keluarga tumbuhan Anacardiaceae.
Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM)sebelum ini membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik. Pucuk gajus didapati mengandungi 97.6 peratus aktiviti pembersihan toksik. Di dalam pucuk gajus terdapat bahan antioksida yang boleh meneutralkan dan melawan bahan toksik di dalam badan.
Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu,pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan. Menurut beliau,ini akan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.
Khasiat Daun Kemangi
Khasiat Daun Kemangi
Pucuk yang telah dibersihkan dimakan begitu saja sebagai ulam ataupun diminum air rebusannya. Mereka yang mengamalkannya dapat merasakan perbezaan kehalusan kulit di samping ia turut memberi kesegaran kepada tubuh,'' ujar beliau. Tambah Tajuddin, selain khasiat awet muda dan kesegaran tubuh, pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis.
Kerabu pucuk gajus
Menurut beliau, air rebusan pucuk daun atau kulit kayu pokok gajus yang dikumur- kumurkan juga boleh mengubati sakit seriawan atau ulser mulut. Manakala kulit kayu pokok gajus yang digiling sampai lumat boleh merawat luka,badan melecur, sakit gigi, tapak kaki pecah-pecah dan terkena gigitan binatang berbisa.
Kulit kayu yang telah digiling atau ditumbuk halus itu ditampalkan pada bahagian-bahagian berkenaan. ``Bagi kes sakit digigit binatang bisa, pesakit perlu mengeluarkan bisanya terlebih dahulu sebelum melakukan kaedah rawatan menggunakan kulit kayu gajus ini,'' jelasnya.
Berkhasiat menyembuhkan gangguan pencernaan, masalah payudara dan gangguan menstruasi.
Juga berfungsi sebagai bahan penjagaan tubuh seperti sabun mandi, minyak wangi, pelembab tubuh, dan minyak aroma terapi. Namun penggunaan kemangi sebagai minyak urut sebaiknya tidak diaplikasikan terhadap wanita hamil.
Jika dicampur dengan lulur, kemangi dapat merangsang peredaran darah di tubuh sehingga kulit lebih halus dan berkilau, serta mengatasi masalah jerawat keguguran rambut.
Kemangi juga boleh mengatasi influenza, sakit telinga dan sakit kepala / migrain, jangkitan usus, dan gangguan saraf, menghalang gigitan nyamuk.
Kemangi juga kaya akan betakaroten dan magnesium, mineral penting yang berfungsi menjaga dan memelihara kesihatan jantung.
Mengatasi masalah perut kembung dan masuk angin, menyapukan rebusan kemangi bersama bawang merah dan minyak kelapa pada bahagian perut, dada dan punggung.
Mengatasi masalah bau badan dan bau mulut dengan cara meminum air rebusan kemangi.
Khasiat Daun Pudina
Rasa daun pudina samalah dengan ubat gigi yang kita gunakan setiap hari. Rasa daun ini memang segar sekali.
Antara khasiat daun pudina yang dikenal pasti adalah baik untuk kulit.Selain itu Khasiat daun pudina juga ialah dapat mengurangkan rasa stress, melegakan batuk,meredakan demam selsema dan boleh dijadikan teh pudina. Sepertimana dengan ulam-ulam yang lain daun pudina juga mempunyai khasiat untuk awet muda.
Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae. Ia tergolong dalam spesies mentha. Tumbuhan ini mempunyai batang yang bersegi dan dedaun yang harum baunya manakala sesetengahnya mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna ungu muda atau merah jambu. Terdapat berbagai-bagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya Mentha spicata " moroc-can",Mentha xsmithiana "rubra",Mentha aquatica Mentha arvensis,Mentha x piperita "crispa" .
- Khasiat Daun Pudina jenis Mentha spicata " moroc-can" berkesan dalam meredakan kekejangan otot.
- Khasiat Daun Pudina jenis Mentha aquatica digunakan untuk merawat cirit birit.
- Mentha arvensis, iaitu sejenis daun pudina Jepun boleh melegakan selsema dan menghilangkan rasa loya.
- Daun Pudina jenis Mentha x piperita "crispa" boleh menghalau tikus.
Kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus. Pemakanannya boleh meransangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan manakala minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi .
Lagi Khasiat Daun PUDINA (Benefit of Peppermint)
Pudina merupakan herba yang biasanya digunakan untuk memberi kesegaran nafas,mencairkan kahak, asma, selsema, anti bacteria dan anti septik.
Daun Pudina kebanyakan digunakan untuk membuat ubat gigi, gula-gula, gula-gula getah, ubat batuk, ubat kumur dan sesetengah produk selsema (in haller). Untuk perubatan tradisional, minyak rebusan daun pudina amat baik untuk masalah bengkak-bengkak sendi, masalah angin, luka, demam selsema, ekzima dan sebagainya.
Khasiat Daun Pudina Atasi masalah Gastrik
Khasiat Daun Pudina antaranya ialah mengatasi masalah GASTRIK.
Caranya ialah:
Ambil daun pudina .
Basuh,kemudian buat air teh O kosong (tanpa gula),
rendam 2,3 helai daun pudina ke dalam teh tersebut.
Tutup mulut cawan tadi,dan biarkan lebih kurang dalam 5-10 minit.
Dan akhir sekali minum air tu.Jangan Lupa baca Bismillah.
Cuba amalkan setiap pagi dan petang.
Khasiat Daun Pudina Kurangkan Lelah dan Batuk.
Bahan-bahan:
Daun pudina 14 helai
gula batu (secukup rasa manis).
Caranya:
1. Bersihkan 14 helai daun pudina dan ramas sedikit.
2. Masukkan dalam cawan kaca tahan panas dan bubuh air 3/4 penuh. Masukkan gula batu.
3. Masukkan cawan tersebut ke dalam periuk nasi letrik (nasi sedang mendidih dan bila
cawan dimasukkan ianya tidak tenggelam.
4. Bila nasi sudah masak (air dah kering), keluarkan cawan dan biarkan sejuk. Keluarkan
daun pudina dan minumlah air tersebut 3 hari berturut turut. InsyaAllah kita dapat lihat
keberkesanannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)